PENGENALAN OLIVE HOUSE

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

SEJARAH OLIVE HOUSE
.

OLIVE HOUSE merupakan BRANDING kepada OHR Marketing Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai syarikat milikan tunggal dibawah nama OLIVE HOUSE Resources dan secara rasminya sebagai syarikat sendirian berhad pada tahun 2014.

Berpegang teguh dengan moto ‘We Begin With Nature’ produk yang dipasarkan oleh OLIVE HOUSE adalah produk organik semulajadi yang berasaskan ‘Quranic Food’ seperti buah zaitun, buah delima, buah tin dan kurma. Produk OLIVE HOUSE dihasilkan di tempat asal produk organik tersebut dengan melalui piawaian yang terperinci bagi memastikan kesegaran dan khasiat produk di tahap maksimum.

Latarbelakang.
Segalanya bermula ketika pengasas Olive House, Ustaz Mohd Aidil Azwal bin Zainudin melanjutkan pelajarannya di Al Azhar Mesir di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Syariah dan Undang-Undang pada tahun 1998. Selama sepuluh tahun bergaul bersama dengan masyarakat di Timur Tengah, beliau amat tertarik dengan budaya amalan pemakanan buah zaitun dan diet pemakanan masyarakat di sana yang dikenali sebagai Diet Mediterranean.

Gaya Hidup Mediterranean.
Penduduk di Timur Tengah merupakan antara pengguna yang paling banyak menggunakan minyak zaitun di dunia pada setiap hari samada diambil secara terus ataupun dimakan bersama salad. Berdasarkan pemerhatian beliau, pengambilan minyak zaitun memberikan impak kesihatan yang amat baik bagi masyarakat di Timur Tengah terutamanya dari penyakit jantung.

Peratusan golongan menghidap penyakit jantung di Timur Tengah amat rendah berbanding masyarakat di Malaysia. Semenjak dari itu, beliau bertekad untuk membawa produk minyak zaitun yang tinggi khasiatnya pulang ke Malaysia bagi berkongsi manfaat kesihatan kepada semua.

Dengan bermodalkan RM 400.00 sahaja bagi membeli empat tin minyak zaitun dari Syria dan 400 botol kosong, pengeluaran produk pertama Olive House dilakukan oleh beliau sendiri di rumahnya di Alor Setar, Kedah. Bermula dengan pengisian minyak zaitun ke dalam botol, melekatkan label hinggalah menjual produk dari ke rumah ke rumah dilakukan oleh beliau sendiri tanpa mengira penat dan lelah.

Matlamat beliau hanyalah satu, untuk memberi pengetahuan dan berkongsi manfaat kepada masyarakat pada waktu itu mengenai kehebatan dan khasiat minyak zaitun yang sememangnya termaktub di dalam Al Quran dan Sunnah dan seterusnya mengamalkan pemakanan minyak zaitun dalam kehidupan seharian.

Penerimaan Masyarakat Malaysia.
Perit jerih beliau mendatangkan hasil apabila sambutan menggalakkan diterima oleh masyarakat setempat terhadap produk pertama Olive House. Dalam masa setahun, tempahan demi tempahan diterima menyebabkan beliau tidak menang tangan dalam menghasilkan produk minyak zaitun tersebut.

Oleh kerana jumlah permintaan yang meningkat dengan mendadak sehingga 5000 botol menyebabkan beliau terpaksa menghantar produk kepada pengilang iaitu Gesundheit Marketing bagi tujuan pengeluaran produk. Melihat perkembangan yang amat positif, anak jati Alor Setar, Kedah ini terus mengorak langkah ke hadapan dengan menubuhkan syarikat milikan tunggal di bawah nama Olive House Resources pada tahun 2011 dan bertukar wajah kepada syarikat sendirian berhad pada tahun 2014 di bawah nama OHR Marketing Sdn Bhd.

Pakar Nutrisi Antarabangsa.
Pertemuan beliau dengan seorang tokoh nutrisi terkemuka dari Morocco, Dr Muhammad Faid yang memperkenalkan konsep asas serta falsafah nutrisi dan perubatan ‘Quranic Food’ menjadikan beliau lebih berani dan yakin untuk memperluaskan produk di bawah keluaran Olive House.

Bermula dengan produk pertama iaitu pati minyak zaitun, beliau menjelajah ke seluruh dunia untuk mencari produk bermutu tinggi dan asli untuk dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia. Antara produk keluaran Olive House adalah:
1. Buah Teen iaitu Buah Teen en kering organik 2. Cuka Teen
3. Jus & Pati Delima
4. Pati Minyak Zaitun
5. Olivie30x
6. Madu Gunung Kyrgyzstan
7. Kulit Kayu Manis Ceylon
8. Ubat gigi garam bukit dan cengkih
9. Produk kecantikan berupa serum dan mist berasaskan buah zaitun pertama di dunia dengan teknologi nano, Nature Euforia.

Kini OHR Marketing Sdn Bhd mempunyai jaringan Ejen meliputi seluruh Malaysia . Beribu pejabat di Alor Setar, Kedah.

Olive House mempunyai fasiliti lengkap seperti gudang, kilang pembungkusan produk dan logistik yang diuruskan oleh lebih 40 orang kakitangan.

“OLIVE HOUSE PENCETUS SENYUMAN SEMULA JADI”

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top